PROFIL SAYA.}
Photobucket HELLO!(:
Nama:Suziannty Binte Suandi.
Sekolah: Sekolah Menengah NorthVista.
Azam: Untuk menjadi seorang architek yang mahir dan bijaksana.

PERATURAN}
Hanya bahasa melayu yang boleh digunakan.
-Tiada sumpahan,tuduhan atau apapun yang negatif tidk seharusnya digunakan untuk berbual. -Harap anda menggunakan bahasa yang tepat bagi sesuatu.
CAKAP SINI HABIS SINI}
Untuk mendapatkan box ini ,dapatkanny di ..
1) Cbox


Archives}
  • PERASAAN :D
  • PERMAINAN TRADISIONAL YEH-YEH
  • PERMAINAN CONGKAK.
  • MEMBUAT WAU [versi ibu di kampung.]
  • Interviu bersama kaum keluarge[Ibu]
  • Permainan tradisional Teng-Teng.
  • Interviu bersama kaum keluarga. [Nenek]
  • Permainan Capteh.
  • PERMAINAN HANTAM BOLA.
  • PERASAAN MEMASUKI PERTANDINGAN. ;D


  • Past.
    July 2008

    RAKAN-RAKAN}
    RAKAN-RAKAN sayaa :D
    1) LIANAnorthvsta.BB2008
    2) ARIFAnorthvista.BB2008

    Saturday, July 26, 2008
    PERASAAN :D




    Perasaan?
    Hmm ..perasaan saya memasuki pertandingan ini memang mencabarkan, hendak mendapat informasi di internet memang adakalanya susah hendak tukarkan bahasanya dan fahaminya.

    Namun, saya gembira dan kagum melihat rakan-rakan serta guru saya menolong dalam mendapatkan informasi yang amat mencabar ini. Walaupun kami diberi pelbagai cabaran ,kami tetap dapat mengawal sikap bersabar dan mengatasi segala penghalang yang menimpa kami.

    Kami harap , kerja keras kami dapat dilihat oleh semua pembaca,

    Assalamualaikum,

    Suziannty Suandi.
    Pelajar Sekolah Menengah NorthVista .

    6:27 AM

    PERMAINAN TRADISIONAL YEH-YEH

    YEH-YEH
    BENDA-BENDA YANG HARUS DISIAPKAN SEBELUM MAIN:
    -Getah ikat barang.

    BAGAIMANA HENDAK MAIN?
    -Ambil satu getah dan ikatkan pada yang seterusnya.
    -Ikuti langkah numbor satu hinggakan getah sudah habis. [lihat berapa panjang anda mahu ianya djadikan]

    CARA-CARA BERMAIN YEH-YEH:
    -Anda boleh membuatnya sebagai 'tali skipping'
    atau
    -Menyuruh dua penolong untuk memegang pada akhir getah tersebut.
    -Pusingkan satu bulatan dan kemudian lompat mengelakkan diri sendiri mengenakan pada getah tersebut.

    SIAPA PEMENANG?
    -Yang paling handal, sesiapa yang dapat melunaskan segala cabaranlah! :D

    6:16 AM

    PERMAINAN CONGKAK.


    BENDA-BENDA YANG HARUS ADA UNTUK BERMAIN CONGKAK.

    -Guli ,atau lebih tradisional lagi [bigi saga,buah susu,batu kecil]
    -Kayu Congkak.
    -2 Pemain.
    CARA-CARA BERMAIN:
    -Ambilkan 7 biji guli letakkan di setiap kurung kosong yang ada.
    -Rumah anda ialah yang ke kiri [kurung yang terbesar]
    -Ambil kumpulan gli di satu kurung yang terdapat 7 biji guli dan letakkan di setiap petak yang anda lalui.
    -Jika anda terjumpa dengan lubang yang kosong dan anda tertinggal dengan hanya satu guli, Maka itulah pusingan bagi pemain yang kedua.
    -Anda boleh menembak petak di hadapan dan letakkan di rumah anda untuk mendapatkan lebih markah.
    PEMENANG:
    -Sesiapa yang berjaya mendapat bilangan yang terbanyak akan menjadi johan.

    5:43 AM

    MEMBUAT WAU [versi ibu di kampung.]

    MEMBUAT WAU[WOW!]
    Apa yang anda perlukan?
    -Kertas surat akhbar.
    -Beberapa batang penyapu lidi.
    -Pelekat.
    -Benang.

    CARA-CARA MEMBUAT.
    -Guntingkan surat akhbar bentuk berlian.
    -Ambil batang-batang penyapu lidi dan lekatkan pada pertengahan akhbar itu melintasi sesama batang.
    -Ambilkan pelekat ,lekatkannye ke lidi-lidi tersebut.
    -Ambil benang dan ikat seutas benang ke satu lidi di bahagian bawah wau tersebut.
    -DAN AKHIRNYA! ;D anda boleh memainkannya.

    CARA PALING SESUAI UNTUK DIMAINKAN:

    -Tempat yang luas dan berangin.

    5:34 AM

    Interviu bersama kaum keluarge[Ibu]

    INTERVIU BERSAMA IBU:

    Saya:Ibu ,ibu boleh ceritakan permainan apa yang dahulu ibu dan rakan-rakan ibu mainkan semasa zaman dahulu?

    Ibu: Oh ya! memang seronok tau permainan dahulu ,yang paling ibu gemari ialah permainan 'WAU' , ibu sangat gemar permainan itu. Dahulu ,orang-orang kampung tidak ada cukup duit untuk membeli kertas yang khas untuk wau ,kita gunakan ahkbar. Itulah kisah kami, tidak ada wang pun ,asalkan terbang pun jadi.

    Saya: Oh bagusnya! Bagaimana hendak main tu ibu? tolong tunjukkan sedikit? :]

    Ibu: Boleh , biar ibu terangkan


    5:18 AM

    Permainan tradisional Teng-Teng.

    TENG TENG

    Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Teng teng digemari oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki kerana permainan ini tidak kelihatan begitu ganas. Kemungkinan si kaum adam lebih mengemari permainan yang lebih dahsyat.

    APA YANG ADA PERLUKAN UNTUK BERMAIN PERMAINAN INI:
    -Kayu untuk melukiskan kotak-kotak di pasir atau lebih moden lagi ,memakai pelekat.
    -Batu atau apa-apa pun untuk menandakan buah anda.

    CARA-CARA BERMAIN!:D
    Anda harus melukiskan 10 petak menggunakan pelekat ataupun jika anda mahu jadi lebih tradisional, menggunakan kayu dan melukiskan petak-petak tersebut di pasir.
    Selepas itu, carilah buah atau benda kecial kerana itulah benda yang akan dimainkan bersama dalam permainan ini.
    Untuk mendapat giliran, anda boleh menggunakan cara 'lon cam pas', 'lala li tamplong' atau dapatkan sahaja ketua kumpulan!:D

    Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumag perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya. Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

    Hendak tahu siapa pemenangnya?

    Pemain yang menguasai yang paling banyak rumahlah!:D

    INILAH CARA-CARA BERMAIN PERMAINAN TENG-TENG.
    semoa mencuba!

    3:52 AM

    Interviu bersama kaum keluarga. [Nenek]

    INTERVIU AHLI KELUARGA DALAM MENCARI MAKLUMAT. :



    Saya: Hai nenek, Suzi ada tugas peraduan projek blog dan kami perlukan maklumat tentang permainan budaya. Boleh cuba ceritakan permainan apa yang dahulu dimainkan oleh nenek dan rakan-rakan ?



    Nenek: Ya, banyak juga permainan yang kami mainkan. Nenek, memang gemar permainan yeh-yeh,congkak,batu serembat dan lain-lain lagi.



    Saya: Oh bagus tu, zaman Suzi tidak ada begitu banyak permainan tradisional yang dimainkan ya,nek? Susah mahu cari maklumat. Jadi bagaimana hendak main permainan tradisional teng-teng pula nek? Kawan-kawan suzi pernah ceritakan permainan ini menarik .

    Nenek: Begini lah ,cu biar nenek terangkan.....

    1:29 AM

    Friday, July 25, 2008
    Permainan Capteh.

    Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam dan macam-macam lagi . Ia boleh dimainkan dimana-mana sahaja. Bolanya diperbuat daripada bulu ayam. Kalau si pemain berada di kampung ,lebih senang hendak dijumpa kerana di bandar tidak seasli di kampung, semuanya telah disuapkan.Tak jumpa bulu ayam, bulu itik pun boleh.

    [u] CARA BERMAIN [/u]

    Kebiasaannya kalau main berdua undian dijalankan secara osom, pilih lidi, lai lai li tamplong atau lambung duit syiling untuk menentukan giliran si pemain. Namun, jika terdapat lebih pemain ,seorang ketua kumpulan akan dilantik ,maka dari situlah giliran si pemain akan tiba.

    Cara permainannya sama seperti main sepak raga iaitu dengan cara menimbang Capteh tersebut dengan menggunakan kaki, lutut dan kepala. Kiraan dibuat mengikut seberapa banyak timbangan yang dibuat oleh si pemain. Jika si pemain memang sukar dikalahkan ,maka sukarlah bagi si pemain-pemainyang lain untuk menang. Pemain yang mempunyai markah yang tidak memuaskan akan didenda akhirnya.

    Begitulah cara-cara dan bagaimana capteh dibuat da dimain.
    Semoga mencuba!:D

    10:14 PM

    PERMAINAN HANTAM BOLA.

    HANTAM BOLA
    benda-benda yang harus anda siapkan adalah:
    -Bola Spanj.
    -Pemain sebanyak 10 orang.

    CARA-CARA MEMAINKANNYA.
    Bahagikan kepada dua kumpulan ,jadi satu kumpulan akan ada 5orang.
    -Pangkahkan barisan yang anda tidak harus jejaki sebelum permainan.
    -2kumpulan ,1 melari ,2 melontar bola.
    -Kumpulan yang melontar bola akan melontarkan bola ke kumpulan musuh iaitu pelari.
    -Setiap pelari yang kena ,beliau akan mati.
    -Si pelontar akan melontarkan bola sehinggakan masa tamat.

    SIAPA MENANG?
    -Yang banyak hiduplah!:D

    6:23 AM

    Thursday, July 24, 2008
    PERASAAN MEMASUKI PERTANDINGAN. ;D

    Memasuki pertandingan ini memang menjadi sesuatu yang menarik hati. Saya telah memasuki pertandingan ini setelah diperkenalkan oleh guru Bahasa Melayu saya. Dalam kelas Bahasa Melayu kami, hanya tiga peserta sahaja yang telah memasukinya. Perasaan tidak sabar untuk mengenali lebih mendalam tentang budaya Melayu telah terpaut di hati saya sebelum membuat pos-pos ini. Kami telah menyediakan pelbagai segi perbincangan. Memetik gambar , membuat draf dan lain-lain lagi. Saya ingin menceburi lebih banyak pengetahuan tentang sejarah dan budaya bangsa melayu.


    Wassalam,
    Suziannty.

    9:56 PM